Kegemukan perut
Kegemukan perut

Kegemukan perut

Obesiti abdomen, dalam erti kata lain kegemukan perut adalah sejenis gejala apabila lemak abdomen berlebihan pada kawasan rongga perut sehingga memberikan kesan buruk pada kesihatan tubuh badan. Obesiti abdomen berkait rapat dengan penyakit kardiovaskular.[1] Obesiti abdomen tidak hanya dijumpai pada orang tua dan penghidap obesiti.[2] Selain itu, obesiti abdomen telah dikaitkan dengan penyakit Alzheimer dan penyakit metabolik dan vaskular lain.[3] Lemak pusat abdomen dan visera, serta ukuran lilitan pinggang mempunyai hubungan yang kuat diabetes jenis 2.[4]Lemak visera, juga dikenali sebagai lemak organ atau lemak intraabdomen, terletak dalam rongga peritoneum dan dihimpit antara organ dalaman dan torso. Lemak ini berbeza dengan lemak subkutaneus yang terdapat bawah lapisan kulit, dan lemak intraotot, yang terdapat sepanjang otot-otot rangka. Lemak visera terdiri daripada beberapa depot lemak pada kawasan mesenteri, tisu adipos putih epididimis, dan kawasan perirenal. Keadaan apabila lemak adipos visera yang berlebihan dikenali sebagai obesiti pusat (istilah lebih umum yang termasuk obesiti abdomen), bercirikan tonjolan perut yang melampau. Bentuk tubuh badan untuk keadaan ini adalah seperti "buah epal" berbanding bentuk "buah per" yang lemak tersimpan pada pinggul dan punggung.